[Kerja Di Jalan Allah]
Untuk melakukan sesuatu kerja di jalan Allah, usah menunggu sehinga ramai baru kita nak buat. Kita tetap boleh mulakan walaupun seorang diri. Bukan kuantiti jadi ukuran tetapi kualiti menjadi keutamaan.
Pada masa yang sama tidak perlulah menunggu sehingga mendapat bantuan kewangan untuk memulakan sesuatu program. Mulakan program dahulu dan jikalau bantuan kewangan menyusul kemudian, itu hanya bagi menambahbaikkan program yang sedia ada. Usah meminta bantuan bermacam-macam untuk memulakan suatu program baru kerana bantuan akan menyusul andai kita telah mulakan program. Nabi Muhammad s.a.w juga mulakan dakwah baginda keseorangan dan kemudian dibantu oleh sahabat yang lain.
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
[Muhammad 47:7]
p/s saya mendapat khabar bahawa ada NGO luar meminta derma sehingga jutaan ringgit untuk memulakan sesuatu program baru yang mereka tiada kepakaran dan tidak memahami adat budaya tempatan. Siapa ada maklumat? kalau benar berita ini, harap mereka berjaya....